Setelah sekian lama menghadap komputer dan mengedit, akhirnya buku tulisan En.Shuib Sulaiman, Seorang pakar motivasi dan penulis blog
www.eratimur.com, telah pun selesai ke peringkat akhir. Tinggal beberapa perkara lagi yang perlu di'touch-up' dan di'finalise'kan di samping proses pemilihan cover buku yang sesuai.
Saya lampirkan di sini beberapa cadangan untuk cover buku yang berjudul "Bahagiakah Keluarga Anda?" dan saya mohon kepada para pengunjung untuk memilih@mengundi serta memberi komen dan kritikan yang membina kepada cadangan cover buku mana yang sesuai.
Calon-calonnya ialah...
Cover A
Cover B
Cover C
Cover D
Insya4JJI buku ini akan diterbitkan oleh syarikat saya sendiri iaitu
Fathusshudur Resources. Fathus Shudur diambil daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud Pembuka Hati... Moga hasil usaha yang tidak seberapa ini akan membuka hati masyarakat dalam
membentuk sebuah rumahtangga bahagia yang cemerlang lahir dan batin, dunia dan akhirat.
p.s. Jangan lupa untuk membuat undian anda di ruangan poll di sebelah kanan atas blog ini. Pandangan dan undian anda amat dihargai..! Terima kasih...