Monday, August 31, 2009

Bazaar Ramadhan 2009 @ PKNS

Salam Ramadhan untuk semua...

Maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog. Maklumlah dengan kesibukan menyambut Ramadhan tambah lagi dengan tempahan kad raya kayu yang tidak putus-putus semenjak sebelum puasa lagi..! Terima kasih kepada mereka yang telah menempah kad..! Kepada yang belum menerima, tempahan akan siap selepas hari merdeka ini.. Maklumlah, cuti panjang.. :)

Untuk makluman teman2 blogger, atas nama Usahawan Phaser PKNS, para peserta diberi peluang utk turut serta memeriahkan Bazaar Ramadhan di PKNS Shah Alam dan juga PNKS Bangi. Geria kami bernombor A13 berhadapan dengan Affin Bank Kompleks PKNS. Saya dengan beberapa rakan Phaser yang lain telah berpakat untuk menyertai Bazaar Ramadhan kali ini dengan menjual pelbagai barangan dan produk seperti Kurma, Kerepek, Aneka Kuih Raya, Kuih Lapis Sarawak Special (siap peti ais lagi), Air Berkarbonat Ikhwan, Kismis Sauda, Acar Buah dan banyak lagi...

Antara yang istimewa ialah Coklat Hazelia Badam, Maid of Honour dan aneka kuih 100% butter daripada Villa Bakery seperti Tat Nenas, Almond London, Jejari Oat, Suji Almond dan tidak dilupakan kuih tradisional seperti Bangkit Pandan, Putu Kacang dan Batang Burok. Kepada semua pembaca, jemput datang ke gerai A13 Bazaar Ramadhan Kompleks PKNS Shah Alam berhadapan dengan Affin Bank Kompleks PKNS !

Koleksi kuih raya homemade 100% butter from Villa Bakery

Beli kurma sepeket, percuma 1 air jus !

Kismis Sauda 4 perisa ! Ori, Strawberry, Orange dan Apple

Acar Buah Istimewa hanya RM3.80 utk 150 gram

Air Berkarbonat Ikhwan. 1 karton RM25 sahaja !

Baru tiba, Coklat Hazelia Badam VIP Collection

Gerai A13 (berhadapan Affin Bank) Kompleks PKNS Shah Alam

Kek Lapis Sarawak Dayang Saliha

Rakan kongsi Phaser, Tokeh Kek Lapis, Chris from Sarawak

Rakan kongsi Phaser, Syalin - Tokeh Kerepek dan Kurma

Aneka jenis kuih menjadi pilihan pengunjung !

Jemput datang ke Gerai A13 Bazaar Ramadhan Kompleks PKNS Shah Alam berhadapan dengan Affin Bank Kompleks PKNS ! Cepat selagi stok masih ada
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rehat Sejenak