Friday, January 11, 2013

Little Abqari Playschool

Little Abqari Playschool Concept - Learning Through Play

Belajar sambil bermain (learning through play) menjadi asas kepada keseluruhan aktiviti pembelajaran kanak-kanak di taska kami. Ini kerana Naluri semulajadi kanak-kanak itu sendiri yang suka bermain tetapi dalam waktu yang sama mereka dapat belajar memahami sesuatu konsep di persekitarannya melalui aktiviti tersebut.


Contohnya main pondok-pondok atau masak-masak ala- ala masterchef dilakukan secara bermain meniru keadaan kehidupan sebenar. Secara tidak langsung kanak-kanak belajar peranan sosial dalam masyarakat. Belajar membilang atau membaca abjad diterapkan menerusi nyanyian atau aktiviti yang menyeronokkan juga telah menunjukkan hasil yang lebih berkesan kepada kanak-kanak.


Konsep belajar sambil bermain yang diterapkan dalam Little Abqari Playschool (LAP) akan mendorong kanak-kanak berminat untuk belajar dan merasa seronok. Secara tidak langsung mereka akan mengganggap pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan. Kajian menunjukkan Jika di peringkat awal kanak-kanak sudah diberi tekanan dengan alam pembelajaran formal kesan jangka panjang kanak-kanak akan merasa bosan di masa akan datang.

Come and join the fun with us.. :)


LIKE US IN FACEBOOK : FB Little Abqari Playschool

 Konsep belajar sambil bermain

 Hari pertama pendaftaran dan ramah mesra bersama ibubapa.

Come and join the fun with us.. :)

LIKE US IN FACEBOOK : FB Little Abqari Playschool

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rehat Sejenak