Thursday, April 1, 2010

Malam Sahabat Niaga Upin & Ipin

Pada 27 Februari 2010 yang lalu bertempat di Carlton Hotel, Shah Alam telah berlangsungnya Malam Sahabat Niaga Upin & Ipin 2009/2010 yang dianjurkan oleh Les' Copaque Production bersama anak syarikatnya, LC Merchandising Sdn Bhd. Majlis yang pertama kali ini diadakan bertujuan untuk meraikan semua sahabat niaga barangan tulen Upin & Ipin yang menjual produk ini sejak penubuhan LC Merchandising Sdn Bhd, 2 tahun yang lalu. Selain bersuai kenal dengan kesemua sahabat niaga, majlis ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan membincangkan perancangan serta hala tuju syarikat pada masa akan datang. Turut diadakan adalah seminar pada sebelah pagi yang dihadiri oleh wakil sahabat niaga dari seluruh Malaysia.

Bersama Sahabat Niaga Upin & Ipin
Suasana ketika seminar
Puan Afiza memberi ucapan aluan

Malam Sahabat Niaga Upin & Ipin telah dirasmikan oleh Cik Noraini Hashim, Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU), wakil rasmi Y.B Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut dilancarkan pada malam tersebut adalah DVD Upin & Ipin Edisi Khas bagi kanak-kanak cacat pendengaran yang turut disampaikan kepada para pelajar cacat pendengaran dari Sekolah Menengah Dato' Ibrahim Yaacob sebagai tanda prihatin.

Kaunter pendaftaran sebelum bermula majlis

Suasana di dalam dewan majlis


Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les' Copaque Production pula memberitahu penerimaan Upin & Ipin sekarang ini sangat memberansangkan sehingga ke Republik Indonesia, India dan Russia. Pelbagai rancangan terbaru untuk mempromosikan Upin & Ipin secara global termasuklah menganjurkan Upin & Ipin On Ice dan Taman Tema Upin & Ipin sebagai projek jangka panjang. Selain itu, pada tahun ini Les' Copaque telah merangka untuk menerbitkan permainan komputer Upin & Ipin, hasil kerjasama pihak syarikat dengan Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).


Tn Haji Burhanuddin memberi ucapan pembukaan majlis

Anugerah juga turut disampaikan kepada beberapa sahabat niaga yang mencatatkan penjualan barangan tulen Upin & Ipin yang amat memberangsangkan. LC Merchandising juga turut mengorak langkah dengan melancarkan Kad Kelab Peminat Upin & Ipin yang akan digunakan oleh semua ahli kelab peminat Upin & Ipin. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan semua ahli kelab peminat Upin & Ipin dari seluruh tanah air selaras dengan permintaan yang sangat tinggi terhadap kelab peminat. LC Merchandising merancang akan membuat Malam Sahabat Niaga ini sebagai acara tahunan untuk mengembangkan aktiviti pemasaran barangan tulen Upin & Ipin. (Sumber : http://gengmovie.blogspot.com/2010/03/malam-sahabat-niaga-upin-ipin-20092010.html)


Bergambar dengan Sahabat Niaga selepas seminar


Bersama Puan Afiza, Marketing Director, LC Merchandising Sdn Bhd


Bersama 'Rakan Niaga' di Majlis Makan Malam Sahabat Niaga


Bersama orang kuat Upin & Ipin; Hajah Ainon a.k.a Opah


Tidak ketinggalan untuk bergambar dengan Upin..!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rehat Sejenak