Thursday, April 1, 2010

Malam Sahabat Niaga Upin & Ipin

Pada 27 Februari 2010 yang lalu bertempat di Carlton Hotel, Shah Alam telah berlangsungnya Malam Sahabat Niaga Upin & Ipin 2009/2010 yang dianjurkan oleh Les' Copaque Production bersama anak syarikatnya, LC Merchandising Sdn Bhd. Majlis yang pertama kali ini diadakan bertujuan untuk meraikan semua sahabat niaga barangan tulen Upin & Ipin yang menjual produk ini sejak penubuhan LC Merchandising Sdn Bhd, 2 tahun yang lalu. Selain bersuai kenal dengan kesemua sahabat niaga, majlis ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan membincangkan perancangan serta hala tuju syarikat pada masa akan datang. Turut diadakan adalah seminar pada sebelah pagi yang dihadiri oleh wakil sahabat niaga dari seluruh Malaysia.

Bersama Sahabat Niaga Upin & Ipin
Suasana ketika seminar
Puan Afiza memberi ucapan aluan

Malam Sahabat Niaga Upin & Ipin telah dirasmikan oleh Cik Noraini Hashim, Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU), wakil rasmi Y.B Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut dilancarkan pada malam tersebut adalah DVD Upin & Ipin Edisi Khas bagi kanak-kanak cacat pendengaran yang turut disampaikan kepada para pelajar cacat pendengaran dari Sekolah Menengah Dato' Ibrahim Yaacob sebagai tanda prihatin.

Kaunter pendaftaran sebelum bermula majlis

Suasana di dalam dewan majlis


Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les' Copaque Production pula memberitahu penerimaan Upin & Ipin sekarang ini sangat memberansangkan sehingga ke Republik Indonesia, India dan Russia. Pelbagai rancangan terbaru untuk mempromosikan Upin & Ipin secara global termasuklah menganjurkan Upin & Ipin On Ice dan Taman Tema Upin & Ipin sebagai projek jangka panjang. Selain itu, pada tahun ini Les' Copaque telah merangka untuk menerbitkan permainan komputer Upin & Ipin, hasil kerjasama pihak syarikat dengan Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).


Tn Haji Burhanuddin memberi ucapan pembukaan majlis

Anugerah juga turut disampaikan kepada beberapa sahabat niaga yang mencatatkan penjualan barangan tulen Upin & Ipin yang amat memberangsangkan. LC Merchandising juga turut mengorak langkah dengan melancarkan Kad Kelab Peminat Upin & Ipin yang akan digunakan oleh semua ahli kelab peminat Upin & Ipin. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan semua ahli kelab peminat Upin & Ipin dari seluruh tanah air selaras dengan permintaan yang sangat tinggi terhadap kelab peminat. LC Merchandising merancang akan membuat Malam Sahabat Niaga ini sebagai acara tahunan untuk mengembangkan aktiviti pemasaran barangan tulen Upin & Ipin. (Sumber : http://gengmovie.blogspot.com/2010/03/malam-sahabat-niaga-upin-ipin-20092010.html)


Bergambar dengan Sahabat Niaga selepas seminar


Bersama Puan Afiza, Marketing Director, LC Merchandising Sdn Bhd


Bersama 'Rakan Niaga' di Majlis Makan Malam Sahabat Niaga


Bersama orang kuat Upin & Ipin; Hajah Ainon a.k.a Opah


Tidak ketinggalan untuk bergambar dengan Upin..!



Thursday, January 14, 2010

Kad Raya Kayu - Edisi Tahun Baru Cina 2010 Tempahan Dibuka Sekarang..!

Kami kembali lagi dengan koleksi Kad Raya Kayu edisi Tahun Baru Cina 2010. Dapatkan koleksi kad tahun baru yang unik dan pelbagai rekabentuk dengan harga yang berpatutan sesuai untuk syarikat ataupun kegunaan individu dan keluarga..!

Sila layari http://cnywoodcards.blogspot.com/ :)


Dapatkan di http://cnywoodcards.blogspot.com/ hari ini juga..!

Sebarang tempahan, sila hubungi 013-2545389 / 013-2545398 atau emailkan no.kod dan kuantiti CNY Cards pilihan anda ke fathusshudur@yahoo.com

dan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, bayaran boleh dibank-inkan ke akaun Maybank Fathusshudur Resources 564221621315. Terima kasih...

Get your CNY Wood Cards 2010 Limited Edition today !


Tuesday, December 8, 2009

Kursus Pemasaran Negeri Selangor

Pada 18-20 November yang lalu, saya berkesempatan menyertai Program Asas Pemasaran, Peringkat Negeri Selangor anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Carlton Holiday Hotel & Suites Shah Alam.

En.Zarawi Din yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman beliau

Tenaga penggerak dari Mega Consult & Services

sedang khusyuk mendengar taklimat

rakan-rakan Phaser-PKNS yang turut serta menyertai program

TIPS: Melayan pelanggan dengan "kelembutan" (SOFTEN)

S = Smile ( Senyum itu sedekah... ;) )

O = Open Posture (Sentiada berada di dalam keadaan tenang dan sedia berkhidmat untuk pelanggan)

F = Forward Lean (Tunduk ke hadapan sedikit untuk mendengar respon)

T = Touch (Sentuhan tanda mesra (tapi bukan untuk yang berlainan jantina!))

E = Eye Contact (Hubungan mata ke arah pelanggan tanda mengambil perhatian )

N = Nod (Tundukkan kepala tanda bersetuju)


LANJUTAN TIPS : Melayan Rungutan Pelanggan (HEAT)

H = Hear (Dengar keluhan, rungutan, komen dan kritikan pelanggan dahulu)

E = Emphaty (Bagaimana keadaan kalau diri kita berada di tempat pelanggan)

A = Ask & Action (Bertanya dengan baik dan buat tindakan susulan)

T = Thank U..! (Ucaplah terima kasih kerana komen pelanggan itu adalah untuk kebaikan kita di masa yang akan datang..!)

Selamat mencuba ;)

Monday, August 31, 2009

Bazaar Ramadhan 2009 @ PKNS

Salam Ramadhan untuk semua...

Maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog. Maklumlah dengan kesibukan menyambut Ramadhan tambah lagi dengan tempahan kad raya kayu yang tidak putus-putus semenjak sebelum puasa lagi..! Terima kasih kepada mereka yang telah menempah kad..! Kepada yang belum menerima, tempahan akan siap selepas hari merdeka ini.. Maklumlah, cuti panjang.. :)

Untuk makluman teman2 blogger, atas nama Usahawan Phaser PKNS, para peserta diberi peluang utk turut serta memeriahkan Bazaar Ramadhan di PKNS Shah Alam dan juga PNKS Bangi. Geria kami bernombor A13 berhadapan dengan Affin Bank Kompleks PKNS. Saya dengan beberapa rakan Phaser yang lain telah berpakat untuk menyertai Bazaar Ramadhan kali ini dengan menjual pelbagai barangan dan produk seperti Kurma, Kerepek, Aneka Kuih Raya, Kuih Lapis Sarawak Special (siap peti ais lagi), Air Berkarbonat Ikhwan, Kismis Sauda, Acar Buah dan banyak lagi...

Antara yang istimewa ialah Coklat Hazelia Badam, Maid of Honour dan aneka kuih 100% butter daripada Villa Bakery seperti Tat Nenas, Almond London, Jejari Oat, Suji Almond dan tidak dilupakan kuih tradisional seperti Bangkit Pandan, Putu Kacang dan Batang Burok. Kepada semua pembaca, jemput datang ke gerai A13 Bazaar Ramadhan Kompleks PKNS Shah Alam berhadapan dengan Affin Bank Kompleks PKNS !

Koleksi kuih raya homemade 100% butter from Villa Bakery

Beli kurma sepeket, percuma 1 air jus !

Kismis Sauda 4 perisa ! Ori, Strawberry, Orange dan Apple

Acar Buah Istimewa hanya RM3.80 utk 150 gram

Air Berkarbonat Ikhwan. 1 karton RM25 sahaja !

Baru tiba, Coklat Hazelia Badam VIP Collection

Gerai A13 (berhadapan Affin Bank) Kompleks PKNS Shah Alam

Kek Lapis Sarawak Dayang Saliha

Rakan kongsi Phaser, Tokeh Kek Lapis, Chris from Sarawak

Rakan kongsi Phaser, Syalin - Tokeh Kerepek dan Kurma

Aneka jenis kuih menjadi pilihan pengunjung !

Jemput datang ke Gerai A13 Bazaar Ramadhan Kompleks PKNS Shah Alam berhadapan dengan Affin Bank Kompleks PKNS ! Cepat selagi stok masih ada

Tuesday, July 14, 2009

Kad Raya Kayu 2009 For Sale..!

TERKINI..! Koleksi Kad Raya Kayu 2009 Limited Edition 4 Sale..!

Dapatkan design terkini lagi eksklusif Koleksi Kad Raya sempena Syawal 1430 hijrah tahun ini...

http://kadrayakayu.blogspot.com
http://kadrayakayu.blogspot.com
http://kadrayakayu.blogspot.com


(Sila klik imej untuk melihat paparan yang lebih jelas dan besar)

- Natural Burnt Wood Aidilfitri Collection.. Koleksi Kad Raya Kayu..

- Koleksi Kad Raya Beserta Die Cut @ Ukiran Halus

- Koleksi Kad Raya Ukiran Timbul @ Emboss

- Koleksi Kad Raya Ukiran Plet Besi

- Koleksi Kad Raya ala-ala 3 Dimensi...

dan banyak lagi koleksi yang eksklusif, unik dan menarik yang pasti memenuhi citarasa anda..!

Sesuai untuk dijadikan kad ucapan hari raya syarikat2, jabatan2 mahupun untuk kegunaan persendirian dan keluarga. Terdapat juga koleksi kad pakej korporat mahupun pakej ekonomi. Lihat sendiri untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rehat Sejenak