En.Zarawi Din yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman beliau
Tenaga penggerak dari Mega Consult & Services
sedang khusyuk mendengar taklimat
rakan-rakan Phaser-PKNS yang turut serta menyertai program"Bahasa lidah nisbah dengan bahasa hati laksana suara mikrofon dengan orang yang bercakap. Yang faham ialah orang yang bercakap sedangkan mikrofon tidak memahami. Begitulah yang faham itu hati bukan lidah".
En.Zarawi Din yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman beliau
Tenaga penggerak dari Mega Consult & Services
sedang khusyuk mendengar taklimat
rakan-rakan Phaser-PKNS yang turut serta menyertai program
Berdekatan Hotel PJ Hilton (sekiranya turun di LRT Asia Jaya) dan bersebelahan Hotel Singgahsana @ NPC (sekiranya turun di LRT Taman Jaya).
Di antara graduan Usahawan Phaser PKNS dengan bisnesnya sendiri...


Apakah engkau guru yang berkata dan mengkota?
Tentulah engkau boleh menjawabnya
Bercakap mudah, bersikap payah
Berkata mudah, mengkota susah
Kalau engkau guru yang berkata dan mengkota,
engkau guru yang mendidik dan menjadi contoh
Jika engkau guru yang bercakap sahaja, engkau bukan guru
Engkau sebenarnya penyampai maklumat
Atau engkau guru hanya sekadar memberitahu?!
Kalau engkau guru yang bercakap dan berbuat, engkau akan dihormat
Murid-murid engkau kasih dan sayang serta taat
Kalau murid-murid engkau ganas, tidak mendengar cakap, susah hendak didisiplinkan
Suluhlah diri engkau, apakah engkau orang yang taat?
Guru ibarat kayu, lurus kayu, luruslah bayangannya
Bengkok kayu bengkoklah bayangannya
Begitulah guru yang baik, baik pulalah murid-muridnya
Kalau ada sedikit-sedikit yang jahat itu biasalah
Untuk menguji engkau, engkau sabar atau tidak?
Oleh itu disamping perhati murid-murid engkau, engkau perhati jugalah diri engkau
Apakah engkau guru, atau penyampai maklumat..?
SELAMAT HARI GURU 2009...
Alhamdulillah.. Produk sulung kami sudahpun lahir. Buku 'Bahagiakah Rumahtangga Anda?' (BRTA) sudahpun berada di pasaran. Terima kasih Tuhan dan terima kasih kepada yang membantu dari segi sumbangan tenaga, kepakaran, idea, kewangan mahupun yang memberi pendapat berkenaan design cover buku tersebut.
Kepada peminat2 buku dan pengunjung setia Pesta Buku Antarabangsa PWTC setiap tahun, jangan lupa untuk bertandang ke gerai MPH di Booth 68-75, Legar Putra, PWTC dan gerai YADIM di Booth A23-A24, bersebelahan pintu masuk utama Dewan Tun Razak, Tingkat 1, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 17-26 April ini.
Apabila ilmu di akal pandai berhujah dan berlojik tentang Tuhan. Apabila ada ilmu di lidah pandai bercakap tentang Tuhan. Apabila ilmu di hati dia cinta dan takut dengan Tuhan.