Thursday, April 9, 2009

Produk Sulung Kami Akan Ke Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Alhamdulillah.. Produk sulung kami sudahpun lahir. Buku 'Bahagiakah Rumahtangga Anda?' (BRTA) sudahpun berada di pasaran. Terima kasih Tuhan dan terima kasih kepada yang membantu dari segi sumbangan tenaga, kepakaran, idea, kewangan mahupun yang memberi pendapat berkenaan design cover buku tersebut.

Untuk makluman semua, Buku design cover BRTA telah menggunakan design cover A setelah mengambil kira pandangan dan pendapat pelbagai pihak, dan dalam minggu ini design cover tersebut akan memenuhi toko-toko buku tempatan dan Insya4JJI akan diedarkan ke negeri-negeri dalam tempoh seminggu dua lagi. Tetapi apa yang penting ialah isi kandungnya dan cover merupakan 'first impression' yang memberi gambaran umum serta menjadi daya penarik kepada pembeli dan pembaca.

Seperkara lagi, Insya4JJI dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, pihak kami telah mendapat persetujuan dengan pihak YADIM dan MPH Bookstore untuk menjual buku BRTA sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke 28 di PWTC, Kuala Lumpur pada 17-26 April 2009 ini !
Kepada peminat2 buku dan pengunjung setia Pesta Buku Antarabangsa PWTC setiap tahun, jangan lupa untuk bertandang ke gerai MPH di Booth 68-75, Legar Putra, PWTC dan gerai YADIM di Booth A23-A24, bersebelahan pintu masuk utama Dewan Tun Razak, Tingkat 1, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 17-26 April ini.

Walaubagaimanapun, kepada yang tidak berkesempatan ataupun yang ingin membuat tempahan buku BRTA melalui internet bolehlah membuat pesanan melalui email :
ummi_ansar@yahoo.com / fathusshudur@yahoo.com
atau hubungi@sms : 013-2545389 / 013-2545398

Harga istimewa kepada yang ingin membeli secara pukal ataupun borong. Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh seisi keluarga, yang sudah berkeluarga ataupun yang masih single, boleh dijadikah hadiah ataupun bahan rujukan untuk kursus keluarga bahagia. Moga-moga kita semua mampu melahirkan sebuah rumahtangga super yang menjadi role model di akhir zaman ini.

Kita berjumpa di Booth 68-75 Legar Putra atau Booth A23-A24 sebelah pintu masuk utama Dewan Tun Razak di tingkat 1, PWTC sempena KL Book Fair '09 nanti !
(Klik untuk melihat peta dengan lebih besar lagi)

No comments:

Post a Comment

Klinik ini terasa sunyi pulak.. Sudi2kanlah tinggalkan komen atau pandangan.. Terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rehat Sejenak