Tuesday, March 3, 2009

Produk Pertama Saya

Setelah sekian lama menghadap komputer dan mengedit, akhirnya buku tulisan En.Shuib Sulaiman, Seorang pakar motivasi dan penulis blog www.eratimur.com, telah pun selesai ke peringkat akhir. Tinggal beberapa perkara lagi yang perlu di'touch-up' dan di'finalise'kan di samping proses pemilihan cover buku yang sesuai.

Saya lampirkan di sini beberapa cadangan untuk cover buku yang berjudul "Bahagiakah Keluarga Anda?" dan saya mohon kepada para pengunjung untuk memilih@mengundi serta memberi komen dan kritikan yang membina kepada cadangan cover buku mana yang sesuai.

Calon-calonnya ialah...

Cover A

Cover B

Cover C

Cover D

Insya4JJI buku ini akan diterbitkan oleh syarikat saya sendiri iaitu Fathusshudur Resources. Fathus Shudur diambil daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud Pembuka Hati... Moga hasil usaha yang tidak seberapa ini akan membuka hati masyarakat dalam membentuk sebuah rumahtangga bahagia yang cemerlang lahir dan batin, dunia dan akhirat.

p.s. Jangan lupa untuk membuat undian anda di ruangan poll di sebelah kanan atas blog ini. Pandangan dan undian anda amat dihargai..! Terima kasih...

4 comments:

  1. design mmg cantik..:)

    ReplyDelete
  2. semua cntik.. pd sy design A mcm sesuai ngan tajuk. Hehe..

    ReplyDelete
  3. salam..Design A dan B cantik. Tapi saya lebih pilih design B sebab nampak baru dan segar. Design A tu ade salah ejaan perkataan 'rumahtangga'.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas teguran. Insya4JJI nanti designer saya akan buat pembetulan.. Syukran jazilan..

    ReplyDelete

Klinik ini terasa sunyi pulak.. Sudi2kanlah tinggalkan komen atau pandangan.. Terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rehat Sejenak