CASE STUDY 1:
Di sebuah pejabat:
-hei! kamu tak nampak orang ke? main redah je!-maaf encik, urgent , bos panggil!-jadi kamu tergesa-gesa nak berjumpa bos lah?!-ya, kenapa encik?-memang saya nak jumpa kamu, mari ikut saya ke pejabat sekarang juga!-???? ( di dalam hati) alamak! dia ke bos aku, macam mana aku boleh tak kenal.. begitulah fenomena yang di gambarkan akibat daripada pekerja yang tidak mengenal majikannya.. apa yang lebih mencemaskan apabila sindrom tidak kenal tuan ini bukan berlaku di kalangan bos dan pekerja sahaja, malah sindrom ini telah menular menjadi lebih serius bilamana manusia tidak kenal pada penciptanya. kalau tidak kenal bagaimana pula mahu jatuh cinta pada Nya. seperti pepatah melayu yang berbunyi "tak kenal maka tak cinta".
umpama kita hamba di dalam istana, kita di minta untuk menyediakn seluruh keperluan raja. untuk itu, kita wajib tahu tentang raja. kalau dari aspek pakaian, kita mesti tahu apa saiznya, apakah warna dan fesyen kegemarannya. Untuk menyediakan makanan pula, mestilah tahu apa menu kesukaannya, bagaimana citarasanya? segalanya perlu di uruskan dengan penuh hati-hati. kalau tersilap pasti raja akan murka, kita pula di hukumnya.
dalam aspek kehidupan, kalau kita sakit perlu ikhtiar untuk ke hospital atau klinik untuk ambil ubat. tapi kalau ciri2 hospital atau klinik kita tak tahu, susahlah.. mungkin kita terbawa pesakit berjumpa polis atau bomba, bagaimana masalah nak selesai. kita rujuk pada tempat yang salah..
begitulah juga makhluk dengan Tuhannya, perlu mengenali sifat dan sensitif dengan reaksiNya. supaya faktor rasa berTuhan dalam hidup dapat dirasai walau di mana saja kita berada. mana mungkin kita boleh melupakanNya, lihat saja dari sudut mana pun nikmat yang sedang kita nikmati adalah pemberian dari Tuhan, kadangkala nikmat Nya kita tidak pernah minta. tapi diberikan juga pada kita secara percuma.
kewujudan kita ini saja pun bukan permintaan kita, kita tidak pernah minta untuk dilahirkan. ini kan satu nikmat yang besar, yang kita tidak minta. Dibekalkan pula oksigen sepanjang hidup kita, tanpa meminta bayaran dari kita. itu kan satu nikmat yang besar juga. Kalau hendak di hitung, tak terhitung banyaknya nikmat Tuhan itu.
cuba kita hayati kejadian yang kita tempuh setiap hari. pertukaran siang dan malam contohnya, bila kita lihat dan hayati, kita akan terhibur.. kerana di waktu siang kita bekerja menggunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu berehat. Bila malam tiba, Tuhan bagi kita rasa mengantuk. Mengantuk itu menghiburkan, kerana kalau tidak mengantuk kita tidak boleh tidur. Bila tidur, dapat menyegarkan badan dan rasa segar kembali. itulah hiburan dari Tuhan pada hambaNya. Tuhan itu penghibur paling agung.
Di dalam Al Quran, terutamanya di dalam surah-surah Makiyyah. Tuhan banyak memperkenalkan dirinya kepada kita. Tuhan mengajak hamba-hambanya mengakui bahawa Dia adalah Tuhan, tempat yang sepatutnya disembah dan meminta tolong. Tuhan mahu kita jadikan Nya tempat untuk bermanja-manja. tempat mengadu tatkala ditimpa musibah, tempat meminta ampun tatkala melakukan kesalahan, tempat merujuk segala-galanya.
Walaupun Zat yang Maha agung ini tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar, namun kita boleh mengenali dan memahamiNya melalui reaksiNya. marah atau sukanya pada kita dapat di rasa, redha dan murkaNya dapat juga di kesan. PerhatianNya kepada kita boleh juga di baca. kemaafan dan keampunanNya dapat di rasa.
Dalam bersembahyang contohnya, kita terasa Tuhan juga sedang bercakap-cakap dengan kita, itu menunjukkan ada perhatian Tuhan pada kita. Jika tidak terasa apa-apa, ia menunjukkan ada dosa yang kita buat yang telah menghijab ibadah kita. tetapi Tuhan itu Maha Pemaaf, maka bersegeralah kita memohon ampun dan maaf dengan sebanyak-banyaknya. Di waktu itu jika berguguran air mata keinsafan, itu tanda taubat kita diterimaNya. Insyaallah. Di masa yang sama kalau kita sudah bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah, tetapi kita masih juga di timpa ujian. jangan kita berputus asa. kerana itu adalah tanda Tuhan redha pada kita. Ia mungkin berlaku atas dasar Tuhan hendak menghapuskan dosa, atau hendak meninggikan darjat kita di sisiNya.
Moga-moga dengan mengenali Tuhan, kita akan terasa lazat beribadah kepadaNya dan kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang akan menimbulkan kemurkaanNya.
Kenalilah Allah, kita akan jatuh cinta kepadaNya. berlarilah kepada Tuhan, jangan kita berlari meninggalkan Tuhan, kerana hidup kita tidak akan ada erti apa-apa tanpa keredhaannya..