tanggal 2 jan 09 : jam 8 pagi aku dah ada di sekolah tempat anak aku di daftarkan...hari ni hari paling bermakna buat suami dan aku, almaklumlah puteri sulong kami dah masuk tahun1 ...tapi aku rasa aku yang paling cemas dan tak tentu arah. dari malam aku x lena tidur, dok memikirkan apa lagi keperluan lain yg aku terlupa untuk siapkan. bukan apa aku macam ibu2 yang lain jugak, nak pastikan semuanya yang terbaik untuk anak2 mereka, waktu ni teringat waktu zaman2 aku di bangku sekolah... hehe excited nak g sekolah, nak pakai baju sekolah baru, kasut baru n beg baru..sepanjang malam aku sibuk menggosok pakaian uniform sekolah anakku dan 2-3 kali dok buka tutup beg sekolah anakku takut ada yang tertinggal atau terlupa bawa.jam 8.30 pg, sesi pendaftaran bermula, ibubapa dan pelajar2 tahun 1 bergerak ke kelas yg telah di berikan oleh pihak sekolah. semasa sesi pendaftaran bermula anak2 di berikan sehelai kertas bergambar untuk di warnakan. anakku paling excited, terus ambil tempat duduk dan mula mewarna. aku pun terseronok jugak melihat tangan kecik anakku memenuhkan gambar dengan warna2 kegemarannya. dan perkataan paling aku tak boleh lupa keluar dari mulutnya ketika mewarna "ma, huda nak colour baju orang ni macthing2" kecik2 dah pandai nak macthing2... bila tiba giliran kami d panggil untuk daftar, baru aku perasan. rupa2nya kami tersalah kelas..huhu. kelas anakku di sebelah. dengan rasa malu kami ke kelas sebelah.family excited..hehejam 10.30pg, pelajar2 tahun 1 di minta tinggal di dalam kelas manakala ibubapa di minta untuk hadir ke sesi taklimat bersama guru besar dan kakitangan sekolah di ruang kantin. ruang kantin yg agak kecil dapat juga menampung jumlah ibubapa yg hadir pada waktu itu. aku cuba intai2 klu ada tempat duduk yang kosong untuk merehatkan kaki aku yang dari tadi berdiri dan panjat turun tangga menyelesaikan urusan pendaftaran di sekolah. almaklumlah kelas anakku di tingkat 4, koperasi d tingkat bawah sekali .selepas ku intai kanan dan kiri, semua tempat duduk di kantin sekolah telah di penuhi oleh ibu bapa yang barangkali tertunggu-tunggu setiap info tentang sesi persekolahan anak mereka. akhirnya aku dan suami berdiri di sebelah meja yang berhadapan dengan barisan tempat duduk guru besar dan guru2 kelas tahun 1. satu persatu wajah mereka aku tatap, kemudian terdetik di hatiku.. berjasanya mereka pada keluargaku, agamaku dan negara ku... moga jasa ini di nilai sebagai ibadah di sisi allah..sesi taklimat menjadi hangat apabila seorang ibu mengajukan beberapa soalan sinis kepada guru2, kedengaran juga suara yang sahut menyahut dari belakang tanda tidak bersetuju dengan soalan yg di ajukan... ibu tersebut bangun mempertikaikan mengapa kelas murid tahun satu berada d tingkat 4 dan meminta pihak sekolah menyenaraikan semua homework yang d beri dalam bentuk checklist.dan cuba membandingkan prestasi dan kemudahan lain yang di sediakan oleh pihak sekolah lain.. aku terfikir adakah anak kepada ibu tersebut mempunyai pandangan yg sama seperti ibunya? atau adakah anak aku mempunyai persoalan yang sama seperti ibu tersebut?pada pandanganku, setiap ibubapa sangat perlu untuk memberi kerjasama yg baik pada pihak sekolah.. pihak sekolah mempunyai 1001 masalah yg perlu di selesaikan. apa salahnya dalam hal yg kecil2 kita cuba membantu kerja pihak guru. contohnya dari segi homework, malam2 kita luangkan masa untuk melihat prestasi dan menemani anak kita mengulangkaji dan membantu memberi tunjuk ajar untuk selesaikan homework mereka. tentang struktur sekolah berilah kepercayaan yg penuh kepada pihak sekolah, mereka lebih tahu untuk menyusun kedudukan kelas anak2 kita. tidak mengapa anak kita di ajar susah sedikit kalau besar faedahnya pada semua. berada d tingkat 4 bnyak memudahkn proses pembelajaran dan dapat mengawal keselamatan anak2 dari terkeluar dari pagar sekolah.. maklumlah tahun pertama di sekolah, ada yng masih bnyak kejutan budaya yg menyebabkan mereka hendak cari jalan pulang ke rumah masing2.. apa yang penting tanamkan kecintan kepada ilmu dan berilah kepercayaan kepada anak2 kita berdikari. mereka mampu lakukannya.
jam 11.30pg, habis sesi taklimat aku bergegas mencari puteriku bimbang tersesat. tapi baru aku hendak pijakkan kaki ku di anak tangga pertama, aku terdengar suara halus memanggil namaku, "mama", kelihatan puteriku sedang jalan meneruni tangga terakhir sambil berpimpin tangan dengan teman barunya.. terdetik di hatiku, " mereka mampu untuk berdikari"...buat puteri kesayangan mama dan babah teruskan perjuanganmu dalam menimba ilmu, hormati guru sepertimana kamu menghormati kami. jasa guru tak mungkin dapat di bayar dengan wang ringgit, pengorbanan mereka terlalu besar dalam setiap keluarga dan negara kita. mereka saluran berkat.. salam kasih buat anakanda nurul huda faizah..selamat maju jaya. mama dan babah menyayangi mu...
*gambar di atas kuabadiakn gambar anakku, ketika sedang membuat persembahan di sekolah tadika. terima kasih kepada guru2 yang terlibat secara langsung atau tidak dalam mendidik anakku...
semua pihak inginkan yg terbaik, namun kalau berlaku masalah, selalunya ibubapa akan salahkan guru, guru pun x terkecuali drp menuding jari kpd ibu bapa, sudahnya anak2 yg menjadi mangsa..! barangkali sdh smpai masanya sistem pendidikan negara kita perlu dikemaskini dan beralih kpd sistem pendidikan berteraskan alquran dan assunnah.
ReplyDeletesistem pendidikan sebenar adalah sistem yng mendidik 3 unsur kejadian manusia. roh (jiwa)mereka perlu di bangunkan dn di matangkan, nafsu mereka perlu dididik, akal perlu di tajamkan. pembangunan 3 unsur yang seiring akan melahirkan manusia yang cemerlang,terbilang di sisi Tuhan.
ReplyDelete