Atau orang membuat kesalahan kepada kita
Bukan senang tidak bertindakbalas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita
Sedangkan mereka menyusahkan kita, kita menderita dibuatnya.
Tidak mudah menahan perasaan hati tidak berbunga ketika ada orang memuji kita
Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan hati bahawa kita tidak layak menerimanya?
Tidak mudah, tidak mudah, biasanya hati sedap rasanya
Apabila kita berhadapan dengan orang serba istimewa, ada yang kaya, berjawatan tinggi,
tinggi ilmunya sedangkan kita orang biasa sahaja, jiwa tidak rasa hamba?
Biasanya kita inferiority complex dibuatnya, malu pun ada
Bolehkah kita buat selamba aja, tidak terasa apa-apa?
Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan sentiasa, takut dan cinta
Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya yang lain tidak erti apa-apa.
Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala?
Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya
Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia
Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita
Bahkan biasanya selalu sahaja jahat sangka dengan Tuhan yang melakukannya
Hati kita rasa tidak patut Tuhan menyusahkan kita.
Begitu jugalah kalau kita orang istimewa, berilmu, berjawatan tinggi, kaya!
Biasanya megah datang tiba-tiba, sombong pun berbunga, mulalah kita menghina
Hidup kita pun mulalah berubah, ramai beragama lupa agama
Kalau dahulu boleh bergaul dengan orang biasa,
sekarang kawan kita golongan atas sahaja
Hendak bergaul dengan orang biasa seperti dahulu rasa jatuh wibawa
Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan.
Kerana itulah kita disuruh berdoa:
“Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan mentaati-Mu.”
amin...
No comments:
Post a Comment
Klinik ini terasa sunyi pulak.. Sudi2kanlah tinggalkan komen atau pandangan.. Terima kasih..